NK Age Reverse Logo
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

NK Age Reverse Logo
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Terma dan Syarat Penggunaan Laman Web

1. Penerimaan Terma
Dengan mengakses atau menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat ini. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma ini, sila hentikan penggunaan laman web kami.

2. Produk dan Harga
Kami menjual produk fizikal yang akan dihantar kepada pelanggan setelah pembayaran diterima kecuali yang memilih pembayaran secara Cash on Delivery (COD). Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) bagi pelanggan di Malaysia dan dalam Dollar Singapura (SGD) bagi pelanggan dari Singapura. Harga boleh tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

3. Pembayaran
Kami menerima pembayaran melalui:

  • Pembayaran atas talian (Online Banking)
  • Pembayaran secara bank-in
  • Kad kredit
  • Cash on Delivery (COD)

Untuk pembayaran secara COD, bayaran tambahan akan dikenakan untuk penghantaran di seluruh Malaysia. Tidak ada bayaran tambahan untuk penghantaran COD ke Singapura.

4. Penghantaran
Kami menawarkan penghantaran percuma melalui kurier Ninja Van ke seluruh Malaysia dan Singapura dengan kaedah pembayaran atas talian atau kad kredit. Penghantaran akan diproses setelah pembayaran disahkan. Untuk pesanan menggunakan COD, pembayaran penuh boleh dibuat kepada pihak kurier semasa penghantaran dilakukan.

Kami berhak menukar syarikat kurier lain jika perlu tanpa sebarang pemberitahuan kepada pihak pelanggan.

5. Tempahan Produk
Anda masih boleh membuat tempahan sekiranya produk yang anda inginkan tidak tersedia. Produk tempahan akan dihantar apabila stok kembali tersedia. Anda akan dimaklumkan mengenai status tempahan tersebut.

6. Polisi Pemulangan dan Refund

  • Kami menerima pemulangan produk dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan produk, dengan syarat produk berada dalam keadaan asal dan tidak digunakan.
  • Pemulangan produk hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat kecacatan pada produk atau kesilapan dalam penghantaran.
  • Untuk produk yang layak dipulangkan, pelanggan boleh memilih antara pemulangan wang atau pertukaran produk.
  • Kos penghantaran untuk pemulangan produk adalah tanggungjawab pelanggan, kecuali produk rosak atau kesilapan penghantaran dari pihak kami.
  • Pemulangan produk boleh dihantar ke alamat yang tertera di laman Contact Us.

7. Pendaftaran Akaun
Walaupun anda boleh membeli produk tanpa mendaftar akaun, kami sangat mengesyorkan untuk membuat akaun bagi memudahkan proses pembelian, memantau status pesanan, dan mendapatkan promosi eksklusif.

8. Privasi dan Keselamatan Data
Kami komited untuk melindungi maklumat peribadi anda. Semua data peribadi yang dikumpul semasa proses pembelian akan digunakan mengikut Polisi Privasi kami. Kami mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya untuk melindungi data anda daripada akses yang tidak sah.

9. Liabiliti
Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku semasa penghantaran produk atau penggunaan produk, melainkan disebabkan oleh kecuaian atau kesalahan pihak kami.

10. Terma Promosi dan Diskaun

  • Promosi atau diskaun yang ditawarkan adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, tetapi tidak terhad kepada tarikh tamat promosi dan jumlah pembelian minimum.
  • Kami berhak untuk mengubah, menggantung, atau menamatkan sebarang promosi atau diskaun pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

11. Perubahan Terma dan Syarat
Kami berhak untuk mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan akan disiarkan di laman web ini. Anda digalakkan untuk menyemak terma ini secara berkala untuk mengetahui sebarang perubahan.

12. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Terma dan Syarat ini, sila hubungi kami melalui maklumat yang disediakan di Contact Us.

Copyright © 2024 NK Age Reverse | Assra Group Sdn. Bhd. (1123880-W). All rights reserved.
ms_MYMS