1. Tempoh Pemulangan
Pelanggan boleh memulangkan produk dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan produk. Selepas tempoh ini, kami tidak dapat memproses sebarang permintaan pemulangan atau refund.
2. Keadaan Produk
Produk yang dipulangkan mesti berada dalam keadaan asal dan tidak digunakan. Produk yang telah digunakan atau dibuka dari pembungkusan asal tidak akan diterima untuk pemulangan.
3. Kos Penghantaran Pemulangan
Pelanggan yang memulangkan produk perlu menanggung kos penghantaran pemulangan terlebih dahulu. Setelah produk diterima dan disahkan dalam keadaan yang betul, pihak syarikat akan menggantikan semula kos penghantaran tersebut.
4. Produk Tidak Boleh Dipulangkan
Kami tidak menerima pemulangan untuk produk yang telah digunakan. Pastikan produk dalam keadaan asal sebelum membuat permohonan pemulangan.
5. Proses Pemulangan
Sebelum memulangkan produk, pelanggan perlu menghubungi kami terlebih dahulu melalui emel atau telefon untuk mendapatkan arahan pemulangan dan nombor RMA (Return Merchandise Authorization). Tanpa arahan rasmi, kami tidak dapat memproses pemulangan. Sila ke laman Contact untuk maklumat hubungi kami.
6. Pemulangan Wang
Sekiranya pemulangan diterima, pemulangan wang akan dibuat ke akaun bank pelanggan. Proses ini mungkin mengambil masa 7-14 hari bekerja bergantung kepada institusi kewangan yang terlibat.
7. Produk Rosak atau Salah
Sekiranya produk yang diterima rosak atau tidak betul (salah produk), pelanggan boleh memulangkannya untuk pertukaran atau pemulangan wang penuh. Kami akan menanggung semua kos penghantaran untuk kes-kes ini.
8. Produk Tempahan (Pre-order)
Produk yang ditempah (pre-order) tidak boleh dipulangkan. Sila pastikan anda berpuas hati dengan pilihan produk sebelum membuat tempahan.